Ahad, 23 Februari 2014

Penat

Kau tahu tak mcm mana rasa penat?
Aku rasa kau taktahu.
Macam mana rasa penat,
Bila kau selalu di anak tirikan,
Bila kau selalu buad semua salah,
Bila kau rasa tak adil untuk kau,
Aku tak faham bila kita duduk diam kena marah,
Bila kita buat kerja kena marah.
Ingat aku apa?
Semua benda serba tak kena,
Kalau sekali dua takpe,ini sepuruh hidup aku.
Aku tak pernah dengar perkataan "bagus"
Itu dah memadai,aku bukan macam orang lain yang seronok di puji,kena puji aku tinggi menggunung baru terima.cakap lah bagus sekali je pun takpe.dah cukup untuk motivate diri aku.ini tak,semua benda aku kena condemn.dari benda besarbesar sampai pasal seluar je pun nak condemn.
Macam mana nak berkat hidup aku,kalau buad apa pun org sakit hati.aku ni apa?takde darah ke?
Aku tak pernah persoal apa orang lain buat,tapi sampai limit,aku terpaksa jugak ckp.aku ni apa je?
Orang lain kat luar tu.Jalan diorang yg pilih.bukan nak bandingkan,cuma bila aku teruk,aku pun turut di bandingkan.
Aku kena faham orang lain semua?
Sebab apa?serious aku dah penat.
Tiring.Exhausted.

Maaf,ketika ini aku bukan dalam waras kerana aku tulis ikut perasaan.Marah yang sama macam dadah.
Bila kau kena,kau bukan waras pun.ckp ikut dan je.ikut hati kau.

Jumaat, 29 November 2013

Si bodoh

Si bodoh,
Manusia yang merugikan setiap inci hidupnya,
Robot pada orang yang dia suka,
Balaci pada orang sekelilingnya,
Hukumannya dia si bodoh,
Mudah untuk memaafkan.

Rabu, 27 November 2013

Sebab

Manusia jadikan sebab untuk hidup.
Setiap gerak yang diatur punya sebab.
Tak kisahlah jika org kata
"mesti ada hikmah atas apa yang berlaku"
Yes sebab.tipu kita hidup tanpa sebab.
Kau ckp sesuatu mesti dengan sebab kann?
Kenapa perlu jawapan saja?
Salah ka jujur setiap perkara.
Jujur dengan aku,sebab kau mula gembira.

Ahad, 24 November 2013

BODOH!

Tegur aku?
Kau pun tak betul nak tegur aku.

Takkan nak kena perfect baru boleh tegur.Lagipun kita ni first time hidup.mana ada orang perfect.

Bukan perfect,at least kau bertindak dengan betul.

Salah ke aku tegur kau?

Memang salah,sebab kau dengan aku lebih kurang je.

Habis kau nak orang yang macam mana tegur kau?

Baik,soleh,tak tinggal solat,cukup amal dan iman,berjaya dalam hidup.

Perfect betul.Sah kau BODOH!

Ahad, 3 November 2013

Semalam

Semalam,
Manusia masih ramai kerja,
Hamba duit dan manusia,
Haram halal belakang kira,
Janji duit depan mata,
Buad duit tanpa otak,
Taktahu ka tuhan lihat kita sepanjang masa?

Sabtu, 19 Oktober 2013

Dulu

Ye,dulu.
Dulu zaman jahil aku,
Sihat aku pakai batu,
Cergas aku guna biru,
Makan bukan lalu,
Memang cerdas selalu.

Hari Ini

Hari ini,
Hari cinta saya,
Hati saya tak pernah ada rasa,
Sampai saya kenal primadona,
Mula tahu hati budi wanita,
Mula timbul rasa manusia,
Mula pandai rasa kecewa,
Mula bijak mengerti cinta,
Moga hari ini saya jumpa,
Jodoh kekal milik saya,
Berjuang pertahankan rasa,
Akhirnya malam saya kecewa,
Senja baru dapat rasa,
Ini bukan cinta,
Ini hanyalah harapan dan mimpi saya,
Belum sempat resepsi saya terjaga,
Kejutan untuk maghrib yang dah lama tinggal.

Rabu, 25 September 2013

Rasa

Celaru,
Bertingkat-tingkat,
Terumbang ambing hati,
Melayang layang jiwa,
Berlipat lipat rasa,
BODOH!

Aku percaya,
Aku tak paksa,
Asyik berbahasa,
Bukan bicara,
Belum tahu rasa,
Dah hilang deria,
Kecewa.

Selasa, 24 September 2013

Dualisma

Dualisma,
Konsep Hidup,
Manusia itu persoalan,
Pada Putihnya tercalit Hitam
Pada Kotornya terpalit Suci,
Akal mempersoalkan Hati,
Harapan mengganggu kehidupan,
Impian memusuhi Kenyataan,
Realiti bertikam Fantasi,
Kata dan Gerak tak mungkin sekali.

#repost.

Sabtu, 21 September 2013

Banduan

Banduan,
Tanpa gari,
Cuma tiada hak,
Tiada kuasa,
Hanya mampu diam diri,
Lihat masyarakat berbalah,
Berlumuran ringgit,
Berpisah rasa tanggungjawab,
Disuapnya syiling untuk lega,
Dituangnya ringgit untuk kenyang,
Semalam mungkin selesa,
Esok belum tentu lepas.



Putih

Putih,
Satu cara,
Seketika sudah bukan mampu,
Khalifah pun tunduk,
Siang pun rehat,
Keringat pun runtuh,
Undur bukan kalah,
Undur bukan menyerah,
Masa untuk hibernasi,
Tunggu musim luruh.

Ahad, 8 September 2013

Main

Main, Jangan kasar, Jangan gelojoh, nanti dah terhantuk, baru terduduk, mulalah fikir, dunia tak adil, walhal sendiri bodoh.

-kaki-

Sabtu, 17 Ogos 2013

Maaf

Maaf,
Khilafku,
Salah masa aku coret dosa,
Salah jiwa aku mainkan,
Mungkin layangnya sensitif,
Bukan ada maksudnya,
Cuma celotehku kasar,
Tak sangka ya,
Aku robohkan benteng egoku,
Berdiri serendah mungkin,
Berpaling ke kiri,
Menunduk di bumi,
Dengan niat
Agar kau maafkan aku,
Dosa ku pada kau

#jiwa aku kasar.

-Kaki-

Sabtu, 10 Ogos 2013

Syria (PrayforSyria)

Syria,
Bumi bergolak,
Kepalanya Sang Mafia,
Rampas dari Pembela,
Tolak semua ahli agama,
Membunuh suara demokrasi,
Roboh keamanan,
Dibina keganasan,
Tanah subur bertukar medan,
Coklat dipercik pewarna merah,
Kebenaran di timbus bedilan,
Dunia ditipu cerita dan gambar,
Konon mereka pembunuh negara,
Walhal mereka pejuang,
Bukan pemberontak.

#Doakan Syria.
-Kaki-

Jumaat, 9 Ogos 2013

DIA

Dia,
Manusia biasa,
Aku hanya membaca,
Dia yang derita,
Benar bukan dia,
Itu cuma bayang,
Dimukanya tenang,
Dihatinya gelora,
Biar dia lumpuh,
Asal kau kukuh,
Aku cuma boleh berdoa,
Bahagia dipihak dia.

#kredit to Bumiwanita Halus.

Rabu, 7 Ogos 2013

Hidup

Hidup,
Buku travel,
Aku masih bertatih,
Dilayan seperti jaguh,
Mungkin kelebihan aku,
Tapi aku hidup untuk Tuhan
Purapura masih lagi wujud,
Penipu masih berkuasa,
Veto masih lagi berdiri,
Aku hanya manusia,
Anak kecil di jalanan,
Mendengar tipu muslihat,
Bergerak melayari arus.

-Kaki-

CERITA

Cerita,
Satu Skrip,
Pelbagai babak,
Pelbagai watak,
Penuh aksi,
Padat komedi,
Juga drama,
Pelakon yang sama,
Pengarah yang Esa,
Rahsia dipegang,
Ganjaran dilimpah,
Dua pilihan,
Antagonis atau Hero.

-Kaki-

Tembak.

Tembak,
Jalan mudah,
Das pertama,selesai dendam,
Das kedua,darah berhimpun,
Das ketiga,duit bertimbun,
Senyum kepuasan,
Duit lebih berharga,
Nyawa gadaian manusia,
Peluru menjadi hakim,
Simpati menjadi peguam,
Dosa menjadi darah daging.

-Kaki-

Jumaat, 7 Disember 2012

Gelanggang AFF.


saksikan pertembungan hebat ini di STADIUM BUKIT JALIL,

MOHON RAMAIRAMAI KITA GEGAR STADIUM.
TIKET BOLEH DI BELI DI KAUNTER

SHAH ALAM : HARI JUMAAT DAN SABTU SAHAJA.
(7 DAN 8 DISEMBER)

SN BUKIT JALIL : HARI JUMAAT HINGGA AHAD
(7,8 DAN 9 DISEMBER)


TURUN PADANG RAMAIRAMAI,
KASI GENTAR PEMAIN LAWAN,
KASI SEMANGAT PADA PEMAIN HM.

TARIKH PERTEMBUNGAN: 9 DISEMBER 2012
MASA PERTEMBUNGAN : 8.00 MALAM
TEMPAT PERTEMBUNGAN : STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL. 
HARGA :-
DEWASA : RM40
KANAKKANAK : RM15 (TAKSILAP)



Sabtu, 1 Disember 2012

TAHNIAH HARIMAU MALAYA. :)


Harimau Malaya berjaya menghambat Sang Garuda pulang ke tanah air mereka dengan tanpa sebarang mata. hahahaha


Mahali Jasuli
Man Of The Match.
1 Goal,1 Assist
RIGHT DEFENDER


Ultras Malaya
SEKALI LAGI,PLAYER NO.12 MALAYSIA.


TAHNIAH LAGI SEKALI. :)


(KITA MENANG!!!)